Cara Hilangkan Selulit Dengan Senang

selulit

Ramai yang mencari di google cara hilangkan selulit. Kali ini admin akan berkongsi cara terbaik menghilangkan masalah selulit.

Masalah selulit sering dialami setiap wanita tidak kiralah yang bertubuh gempal atau kecil. Kehadiran selulit ini terutamanya di bahagian paha dan pinggul, pasti meresahkan hati setiap wanita yang begitu mementingkan penampilan. Ramai yang mengeluh apabila melihat susuk tubuh yang dipenuhi selulit di depan cermin. Namun, berapa ramai yang berusaha untuk menghilangkannya?

Sebenarnya, menghilangkan selulit bukanlah sesukar yang dijangka. Asalkan anda memelihara diet dan mendapatkan senaman yang sihat. Terdapat pelbagai cara yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan selulit di tubuh anda itu. Antaranya:

Makanan Seimbang

Pilih makanan seimbang dengan mengurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat. Lebihkan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan serat. Minum air secukupnya mengikut keperluan tubuh anda. Pilih air putih atau jus buah-buahan.

Pengambilan Teh Diuretik

Amalkan meminum teh diuretik sebagai diet harian anda. Teh diuretik boleh membantu melawaskan kencing dan seterusnya mengurangkan masalah takungan air dalam badan.

Kurangkan Gula

Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai gula yang tinggi seperti biskut, ais krim, coklat dan minuman ringan. Ini kerana gula yang tersimpan secara berlebihan di dalam badan anda akan bertukar menjadi lemak.

Bersukan dan Beriadah

Bagi merangsang peredaran darah dan meningkatkan sistem pencernaan, amalkan aktiviti sukan atau riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. selain membantu proses pembakaran lemak, bersukan juga amat baik untuk jantung anda.

Sauna dan Mandi Wap

Bagi merangsang peredaran darah dan memecahkan lemak, anda boleh memanjakan diri di spa dengan rawatan sauna atau mandi wap. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, dapatkan juga urutan untuk memecahkan lemak serta lulur bagi menanggalkan sel kulit mati.

Hindari Tekanan

Tekan boleh menyebabkan otot tubuh tertekan sehingga menghalang kelenjar pembuangan racun tubuh. Oleh itu, cuba sedaya upaya untuk menghindari tekanan dengan bercuti atau beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Cuba bantu diri anda daripada memikirkan pelbagai masalah sehingga boleh menjejaskan keseimbangan tubuh anda.

Elakkan Kafein

Jika sering menjadikan minuman kafein seperti kopi sebagai minuman wajib pada setiap hari, cuba untuk mengurangkan pengambilannya. Elakkan mengambil lebih daripada satu cawan kopi dalam satu hari. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah menjadi tidak lancar.

Kurangkan Garam

Pengambilan garam secara berlebihan tidak baik untuk kesihatan tubuh anda. Begitu juga dengan penggunaan santan. gantikan dengan susu cair rendah lemak. Selain itu, pilih daging yang tidak mengandungi lemak dan ayam yang telah dibuang kulit ketika menyediakan sesuatu masakan.

Kawal Pernafasan

Pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan oksigen dapat diserap dengan baik ke bahagian tubuh. Justeru, Pastikan anda mengamalkan cara pernafasan yang betul. Selain itu, kurangkan dari mengunjungi tempat-tempat yang mempunyai udara yang tercemar atau kawasan yang dipenuhi asap kenderaan dan kilang.

Selain perkara di atas cara terpantas menghilangkan masalah selulit dengan menggunakan SBody Cream. SBody Cream dirumus khas dengan bahan-bahan terpilih untuk merangsang proses lipolisis iaitu proses pemecahan sel-sel lemak dan selulit. Sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita.

Klik Sini Untuk Info

krim kuruskan badan

krim kuruskan badan

Comments are closed.